433 kes baharu Covid-19, tiada kematian

433 kes baharu Covid-19, tiada kematian

TIADA kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kekal kepada 36,859.

Manakala kes baharu Covid-19 dalam tempoh sama sebanyak 433 berbanding berbanding 333 kes sehari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, empat kes membabitkan kes import.

Menurut data KKMNOW, sebanyak 11,696 kes aktif dengan 11,084 kes menjalani kuarantin di rumah.

Pesakit yang dirawat di hospital seramai 581 orang atau lima peratus.

Jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebanyak 31 dengan 21 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh sebanyak 500 dalam tempoh sama. – Malaysiapost

Komen