59,000 tiket ‘sold out, peminat persoal penganjuran komsert Jay Chou

59,000 tiket ‘sold out, peminat persoal penganjuran komsert Jay Chou

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan semua 59,000 tiket bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF antara Harimau Malaya dan Thailand di Stadium Nasional, Sabtu ini, habis terjual.

FAM turut memaklumkan tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.

Berikutan itu penyokong Harimau Malaya meluahkan rasa kecewa dan marah susulan 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

Penyokong skuad kebangsaan meluahkan rasa kecewa dan marah pada hantaran di Facebook FAM berkenaan pemakluman tiket telah habis terjual.

Malah ada yang meminta Menteri Belia dan Sukan berbuat sesuatu agar 21,000 lagi ‘ekor Harimau Malaya’ dapat hadir ke stadium bagi memberi sokongan padu kepada para pemain.

“YB Hannah Yeoh tolong buat sesuatu demi 21,000 ekor Harimau Malaya yang akan turun stadium demi menyokong mesin negara,” tulis Wadie HitamPutih.

Semalam FAM memaklumkan hanya 59,000 tiket dijual bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand, Sabtu ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, ini kerana 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ berikutan dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

“Situasi itu tidak dapat dielak yang mana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian terbaik.

“Ini dalam memastikan aksi Harimau Malaya sepanjang kempen AFF 2022 tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional berbanding jika ia diadakan di stadium lain berkapasiti lebih kecil,” katanya. – Malaysiapost

Komen