Inspektor disyaki rogol remaja didakwa hari ini

Inspektor disyaki rogol remaja didakwa hari ini

SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

Menurut Kosmo, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 31 Disember lalu.

Dia kemudian direman untuk siasatan sehingga hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad menegaskan bahawa pihaknya tidak sesekali berkompromi dan penjenayah akan tetap dibawa ke muka pengadilan walaupun merupakan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Media melaporkan kejadian itu berlaku ketika remaja perempuan berkenaan membuat laporan polis ketika berada di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 28 Disember lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat remaja berusia 16 tahun terbabit 31 Disember 2022 dan dia mendakwa dirogol oleh seorang inspektor ketika berada dalam bilik pejabat pegawai terbabit di IPD berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa berada di dalam bilik itu selepas inspektor berusia 30-an memanggilkan ke IPD untuk membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap dirinya. – Malaysiapost

Komen