Kelantan belum bincang bubar DUN

Kelantan belum bincang bubar DUN

KERAJAAN Kelantan masih belum berbincang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan.

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, perkara itu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Ia bergantung kepada Menteri Besar selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Keputusan akhir bergantung kepada PAS Pusat,” katanya hari ini.

Mengulas khabar angin pertukaran calon pada PRN nanti, Mohd Amar berkata, ia perkara biasa dalam parti.

“Setiap kali pilihan raya pasti akan ada perubahan calon.

“Biasanya 30 peratus adalah calon muka baharu yang boleh menang terdiri daripada orang muda, wanita dan ulama,” katanya. – Malaysiapost

Komen