Pembebasan Shahrir: Chegubard dakwa proses mensucikan kluster mahkamah bermula

Pembebasan Shahrir: Chegubard dakwa proses mensucikan kluster mahkamah bermula

PEMBEBASAN bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad daripada tuduhan pengubahan wang haram menunjukkan proses melepas dan mensucikan kluster mahkamah telah bermula, dakwa bekas pemimpin PKR, Chegubard.

Chegubard atau nama sebenar Badrul Hisham Shaharin yang kini pemimpin Bersatu Johor turut mendakwa pemimpin lain yang berdepan dengan pertuduhan di mahkamah juga akan dibebaskan.

“Kepada semua bersedialah Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Najib (Datuk Seri Najib Razak), Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) dan geng #KlusterMahkamah akan dibebaskan.

“Jika peguam negara tidak bersekongkol pasti akan ditukar,” dakwanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM1 juta yang diterima daripada Najib.

Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi dipetik berkata pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap beliau pada masa datang.

Dalam pada itu, Chegubard turut melahirkan rasa hairan kerana Najib yang sudah menjadi banduan boleh memilih untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi kes berkenaan kecuali bersama peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Bayangkan Najib yang memang sudah menjadi banduan boleh memilih tidak hadir ke mahkamah dan lebih pelik bila peguam pendakwa kes Shahrir menyokong permintaan Najib dengan meminta mahkamah tetapkan 5 Januari 2023 sebagai saksi.

“Namun, 5 Januari 2023 (hari ini), pendakwa raya hadir ke mahkamah memaklumkan kepada mahkamah kes tersebut ditarik balik pendakwaan. Pelikkan?,” katanya.

Chegubard turut mendakwa bekas Perdana Menteri itu kini dikhabarkan sudah selesa di hospital dan bukan lagi di penjara.

“Pakatan Harapan (PH)- DAP ..bisu je.. mana merpatiā€¦,” katanya. – Malaysiapost

Komen