Zainal Abidin berkahwin dengan adik Ayda Jebat?

Zainal Abidin berkahwin dengan adik Ayda Jebat?

NAMA adik kepada seorang selebriti terkenal menjadi perbualan warga maya selepas muncul gosip bahawa dia sudah berkahwin dengan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Desas-desus itu muncul selepas beberapa laporan media yang mendakwa bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita berusia 29 tahun.

Wanita tersebut dipercayai dikenali sebagai Fina yang juga adik kepada Ayda Jebat.

Fyna Jebat juga pernah menyertai sebuah rancangan realiti televisyen.

Walaupun tiada pengesahan atau pengakuan daripada kedua-dua pihak, netizen dan beberapa portal sukan serta hiburan memberi bayangan individu yang dimaksudkan adalah Zainal Abidin dan Fina.

Bagaimanapun, sehinnga kini kedua-dua pihak mengambil tindakan ‘mengunci mulut’ berkenaan gosip tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an membuktikan beliau masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita tersebut dikatakan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Pasangan terbabit dilaporkan berkahwin baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan. – Malaysiapost

Komen