4 lelaki didakwa rogol, cabul kanak-kanak bawah umur

4 lelaki didakwa rogol, cabul kanak-kanak bawah umur

EMPAT lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini kerana didakwa merogol dan mencabul seorang kanak-kanak bawah umur.

Mohd Abdul Hafis Endut, 37; Ahmad Ridzuan Ismail, 41; Mohd Ismail Burhan, 42, dan Kamaruzaman Basir, 57, didakwa melakukan kesalahan itu di FELDA Purun, dekat Bera, antara April hingga September tahun lalu.

Abdul Hafis berdepan tiga pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ahmad Ridzuan pula berdepan dua pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Mohd Ismail berdepan tiga pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Seksyen 377C dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Manakala tertuduh keempat, Kamaruzaman berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa pada 18 September tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afidatul Azwa Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.

Kamaruzaman diwakili peguambela Aida Rahayu Abd Rahman manakala tiga lagi tertuduh diwakili Mazura Ismail.

Semua tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas proses pertuduhan selesai dilakukan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mereka dibenarkan ikat jamin antara RM6,000 hingga RM10,000 dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – Malaysiapost

Komen