‘Langkah London’ jauh, murah lagi ‘Langkah Kajang’ – Anwar

‘Langkah London’ jauh, murah lagi ‘Langkah Kajang’ – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respon secara sinis dengan ‘Langkah London’ yang didakwa mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Anwar secara berseloroh berkata, langkah yang didakwa didalangi beberapa parti itu terlalu jauh dan mahal.

“Langkah London itu jauh sangat. Murah lagi buat di Langkah Kajang,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.

Untuk rekod, ‘Langkah Kajang’ yang dimaksudkan Anwar adalah krisis politik Selangor pada 2013, membabitkan Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

‘Langkah Kajang’ itu membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014 dan Pemilihan PKR pada tahun sama.

Kelmarin, media melaporkan penafian Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terhadap dakwaan dikaitkan dengan gerakan cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada Umno dan pemimpin parti pembangkang.

Pemimpin berkenaan dikatakan mengadakan pertemuan rahsia di London, baru-baru ini.

Ismail Sabri dilaporkan mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah, apabila dikaitkan dengan ‘Langkah London’. – Malaysiapost

Komen