Suami isteri didakwa perdagang kanak-kanak bagi tujuan seks

Suami isteri didakwa perdagang kanak-kanak bagi tujuan seks

SEPASANG suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh kerana memperdagangkan seorang kanak-kanak bawah umur untuk eksploitasi seks.

Mohd Rizal Hamzah, 38, dan Intan Wahidah Mohd Nor, 47, didakwa melakukan kesalahan itu antara Mei hingga September tahun lalu di FELDA Purun, dekat Bera.

Mohd Rizal berdepan lapan pertuduhan manakala Intan Wahidah berdepan tujuh pertuduhan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dab Anti Penyeludupan Migran 2017 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan.

Mohd Rizal dibenarkan ikat jamin RM35,000 manakala isterinya, Intan Wahidah pula dikenakan ikat jamin RM29,000.

Pasangan berkenaan turut melakukan kesalahan pengantunan dan didakwa mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afidatul Anuar Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.

Kedua-dua tertuduh pula diwakili peguambela, Aida Rahayu Abd Rahman.

Mereka tidak mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mahkamah menetapkan 1 Mac depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. – Malaysiapost

Komen