‘Tahniah akhirnya mengaku lepas dah berbulan nikah di Thailand’ – Puteri Sarah

‘Tahniah akhirnya mengaku lepas dah berbulan nikah di Thailand’ – Puteri Sarah

SELEPAS sah dimadukan dengan wanita bernama Ira Kazar, pelakon Puteri Sarah Liyana secara sinis mengucap tahniah atas perkahwinan kedua suaminya, hari ini.

Menerusi hantaran di Insta Story, Puteri Sarah mendakwa suaminya dan Ira sudah melangsungkan pernikahan beberapa bulan lalu, di Thailand.

“Tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, pelakon Suri Hati itu menyatakan rasa kesal kerana Syamsul sanggup menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

“Anda menjadikan apa yang berlaku ini atas kesalahan saya. Okey, tunggu saya tengah ‘shooting’ (penggambaran) sekejap. Sekejap lagi saya buat video. Tunggu ya,” katanya lagi.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan itu mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita bernama Ira Kazar, hari ini.

Syamsul dalam kemaskini video terbaharu di Instagram berkata, pernikahan itu berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Dalam video itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan memohon Puteri Sarah pulang ke rumah dan berbincang dengannya.

Menurut Syamsul, dia mahu berbincang dengan Puteri Sarah mengenai masalah mereka dan tidak mahu ia dihebahkan di media sosial seperti sebelum ini.

“Pulanglah dan bawa kembali anak-anak kita. Apa-apa masalah, kita bincang di rumah, selesaikan tanpa perlu dihebahkan (dan) mengaibkan saya. Saya masih suami awak.

“Sudah-sudahlah bawa anak ke sana, ke mari tanpa minta keizinan suami. Saya masih suami,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah secara lantang mendedahkan bahawa suaminya telah berkahwin dengan Ira dan hubungan itu diketahui sejak hamil anaknya yang kedua. – Malaysiapost

Komen