Jangan sampai saya kahwin betul-betul, gurau Syamsul

Jangan sampai saya kahwin betul-betul, gurau Syamsul

GARA-GARA nama seakan hampir sama, Shamsul Ghau-Ghau turut terkena tempias berikutan pengakuan pengarah filem terkenal Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan Ira Kazar.

Menurut pelakon dan juga pelawak itu, kehidupan dia secara tiba-tiba ‘berubah’ apabila tidak semena-mena namanya disebut sebagai individu yang berkahwin dua sedangkan dia hanya setia kepada isteri yang satu, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.

“Orang lain yang kahwin, kenapa ‘tag’ aku?

“Aku kahwin betul-betul baru tahu,” tulisnya menerusi Instagram sambil menanda (tag) akaun rasmi isteri tersayang.

Hantaran Syamsul itu menarik perhatian netizen yang geli hati dengan gurauan bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan itu lalu menitipkan pesanan di ruangan komen.

“Jangan macam-macam bang.

“Disebabkan Syamsul seorang, habis Syamsul sebelanga,” antara komen netizen.

Terdahulu, Syamsul Yusof akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua.

Bagaimanapun Sarah, 38,memaklumkan banyak perkara yang tidak benar didedahkan pengarah filem Mat Kilau itu dalam video yang dikongsi menerusi Instagram. -Malaysiapost

Komen