Kemelut politik Sabah: Istana Kinabalu panggil ADUN GRS

Kemelut politik Sabah: Istana Kinabalu panggil ADUN GRS

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 

bakal menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu dalam masa terdekat ini bagi menyatakan pendirian masing-masing. 

Menurut BH yang memetik sumber, mereka diminta menyatakan pendirian mengenai siapa yang disokong menjadi Ketua Menteri Sabah berikutan kemelut politik yang berlaku ketika ini.

Difahamkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut mengemukakan akuan bersumpah (SD) sokongan terhadapnya ketika pertemuan dengan Juhar, petang tadi.

Sumber itu berkata, pihak Istana Seri Kinabalu juga akan memanggil semua ADUN bagi menyatakan pendirian masing-masing di hadapan Juhar.

“Langkah ini bagi mengetahui sama ada sokongan yang diterima Hajiji yang dibawa ke Istana Seri Kinabalu sama dengan pengakuan yang dibuat sendiri ADUN terbabit di hadapan Juhar nanti,” kata sumber itu, hari ini. -Malaysiapost

Komen