Kereta orang awam jadi mangsa ‘vandalisme’, diconteng kata-kata kesat

Kereta orang awam jadi mangsa ‘vandalisme’, diconteng kata-kata kesat

BEBERAPA kenderaan orang awam menjadi sasaran jenayah vandalisme selepas diconteng dengan semburan cat di sebuah pangsapuri di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Menerusi ciapan Twitter @isusemasaviral, memaparkan beberapa kereta yang diparkir di tepi jalan diconteng dengan kata-kata kesat.

Turut dimuatnaik gambar seorang kanak-kanak lelaki memakai kemaja-T merah jambu dipercayai pelaku yang menconteng kereta-kereta tersebut.

“Beberapa kenderaan telah menjadi sasaran vandalisme yang disyaki oleh seorang budak. Suspek telah sembur bahagian tepi kereta dengan perkataan tidak senonoh.

“Kejadian berlaku petang tadi di sekitar Tingkat Kenari, Sungai Ara,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya mengesyaki kanak-kanak tersebut adalah warga Rohingya.

Ia kerana di kawasan tersebut pendatang asing terutamanya warga Rohingya semakin bertambah dan sering menimbulkan kerisauan masyarakat tempatan.

“Nampak macam budak Rohingya, puak-puak ni pun semakin banyak membiak kat kawasan aku. Dah la pemalas, asyik minta duit kt orang lalu Lalang,” kata seorang netizen.

“Ini budak yang paksa orang beli kertas ayat Kursi t uke? Macam cam je kumpulan mereka ni. Jenis memaksa ni agak bahaya kalau dibiarkan,” ujar Rainism08.

Hantaran tersebut telah diulang kicau sebanyak 329 dan menerima lebih 200 tanda suka. – Malaysiapost

Komen