LGBT, konsep sekular, komunis tidak diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan – Anwar

LGBT, konsep sekular, komunis tidak diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan golongan LGBT atau (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri menegaskan, hal itu hanya dibangkitkan oleh pihak tertentu yang cuba menyebarkan perkara tidak benar.

“Kadang orang politik ini dia kata umpama kalau Anwar jadi Perdana Menteri maka habis Islam dan sekular akan bertapak, LGBT disahkan, orang komunis bertapak.

“Ini igauan siang hari. Tentunya tidak berlaku dan insya-Allah di bawah kuasa pentadbiran saya perkara ini tidak mungkin berlaku,” katanya dalam temubual program terbitan RTM, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan kebimbangan ramai terhadap usaha menormalisasikan LGBT dan pemikiran sekular di negara ini jika Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah.

Katanya, ia berikutan selepas pentadbiran PH selama 22 bulan pada 2018, aktivis-aktivis LGBT semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Kebimbangan tersebut bertujuan memelihara sensitiviti masyarakat dan agama Persekutuan negara Malaysia. – Malaysiapost

Komen