‘Macam mana nak bincang, dah setahun Syamsul block saya’ – Puteri Sarah

‘Macam mana nak bincang, dah setahun Syamsul block saya’ – Puteri Sarah

SELEPAS diminta untuk kembali berbincang masalah rumah tangga mereka, terkini pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan Syamsul Yusof sudah setahun menyekat nombor telefonnya.

Menerusi video berdurasi lebih lapan minit yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah menyoal permintaan suaminya untuk mereka berbincang sedangkan sudah setahungagal menghubungi Syamsul.

“Macam mana saya nak berbincang? Sampai sekarang (7.30pm) awak block (sekat) saya. Kalau you unblock saya kan ada perbincangan. Dah setahun awak block saya,” katanya dalam video itu.

Aktres berusia 38 tahun itu juga menjelaskan memilih untuk tinggal bersama kedua ibu bapa bagi memudahkan urusan penjagaan anak-anaknya,Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

“Kenapa saya perlu tinggal dengan ibu bapa awak? Kenapa perlu duduk dengan keluarga saya? Saya perlu orang untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. You tak ada, you left us (tinggalkan kami). Saya terkontang kanting.

“Terpaksa menjaga Sumayyah dan Syaikhul. Terpaksa menjawab soalan tanya mana ayah? Setiap masa saya tipu mereka kata ayah bekerja.

“Selepas ini kita selesaikan semua ini di mahkamah dan saya tak nak lagi bebankan diri untuk menjawab persoalan mereka,” katanya.

Sementara itu, pelakon Suri Hati itu juga menyifatkan tindakan Syamsul mengumumkan pernikahan kedua dalam media sosial dan kemudian mempersalahkan dirinya adalah sikap lelaki pengecut.

“Tindakan awak sekarang sebagai lelaki pengecut. Dah kahwin baru, kemudian salahkan saya. Macam mana awak bincang dengan mak ayah saya masa nak kahwin, patutnya macam itu. Saya masih ada ibu bapa.

“Dulu dengan mama dan papa awak, awak kata, tak nak perempuan itu, tapi sekarang semuanya sudah terbalik. Berhenti daripada menyalahkan orang sekeliling,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menasihatkan suaminya agar berhenti mempergunakan agama bagi menutup perbuatannya.

Katanya, Syamsul juga bermuka-muka selain membiarkan kemelut terus berlarutan

“Berhentilah guna nama Allah, itu tunjukkan awak munafik,” katanya.

Semalam, Syamsul menerusi video di Instagram mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita bernama Ira Kazar.

Dalam video itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan memohon Puteri Sarah pulang ke rumah dan berbincang dengannya. – Malaysiapost

Komen