Polis nafi KPN terlibat dalam pelaburan Amundi

Polis nafi KPN terlibat dalam pelaburan Amundi

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam skim pelaburan dikenali sebagai Amundi.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin, berkata laporan polis telah dilakukan ke atas individu tidak bertanggungjawab menyamar dan menggunakan nama KPN.

“PDRM telah mengesan satu chat kumpulan di aplikasi Whatsapp yang memperomosikan pelaburan dikenali dengan nama pelaburan Amundi.

“Dalam chat group tersebut terdapat satu profil Whatsapp yang menyamar sebagai KPN dengan menggunakan nombor 010-2301160, mendakwa kononnya KPN turut menyertai skim pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, siasatan terhadap skim pelaburan berkenaan juga sedang giat dijalankan.

“Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan skim penipuan pelaburan sebegini,” katanya. – Malaysiapost

Komen