‘Takdir Allah…’ – Syamsul Yusof jawab soalan kahwin dua

‘Takdir Allah…’ – Syamsul Yusof jawab soalan kahwin dua

‘TAKDIR Allah’. Itu jawapan ringkas yang diberikan pengarah Syamsul Yusof berkenaan kontroversi perkahwinan keduanya dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Pengarah itu memberi jawapan tersebut menerusi sebuah video di TikTok, sambil menyertakan gambarnya.

Dalam video itu juga tertera tulisan berbunyi pertanyaan “kenapa perlu kahwin satu lagi sedangkan isteri cantik?

Jawapan seterusnya, Syamsul menjawab “Jodoh, Rezeki, Ajal Dan Maut, Itu Semua Rahsia Allah.”

Video tersebut dihasilkan dipercayai bagi menjawab isu tular berkaitan kemelut rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana, selepas dikatakan retak disebabkan orang ketiga.

Semalam, pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan itu mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar.

Berita tersebut dikongsi menerusi kemas kini video di Instagram.

Pengarah itu juga memaklumkan pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira. – Malaysiapost

Komen