Tambah perkhidmatan bas shuttle tangani isu aerotrain KLIA – Loke

Tambah perkhidmatan bas shuttle tangani isu aerotrain KLIA – Loke

PENAMBAHAN bas shuttle yang beroperasi sepanjang masa antara langkah mitigasi untuk menangani isu ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan seterusnya adalah lebih banyak kakitangan ditempatkan bagi menghubungkan terminal utama dan satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Katanya, penambahan bas shuttle dijangka mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain dengan masa perjalanan pula dalam tempoh empat minit.

“Langkah mitigasi ini diambil sementara projek menaik taraf sistem siap dan membeli set aerotrain baharu dijangka mula beroperasi dalam tempoh 24 bulan.

“Ketika ini terdapat ganggungan perkhidmatan yang mana hanya satu set aerotrain beroperasi kerana set kedua menghadapi masalah teknikal,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Loke berkata, beberapa langkah lain turut diambil termasuk kebenaran parkir di terminal utama bagi pesawat wide-body seperti A350 yang melibatkan penerbangan antarabangsa.

Menurutnya, perkhidmatan aerotrain juga dikhususkan kepada penumpang dan anak kapal sahaja manakala petugas lapangan terbang serta pekerja lain diarahkan menggunakan bas shuttle. – Malaysiapost

Komen