571 kes Covid-19, 4 kematian

571 kes Covid-19, 4 kematian

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 571 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 5,029,908.

Berdasarkan data portal KKMNOW, empat daripada kes baharu itu adalah kes import.

Setakat semalam, jumlah kes jangkitan dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 11,431 kes.

Sejumlah 94.6 peratus atau 10,812 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 585 kes atau 5.1 peratus pula sedang mendapatkan rawatan di hospital dengan 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 15 pesakit iaitu 0.1 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan. Kadar penggunaan katil ICU kini di paras 66.3 peratus.

Bagi angka korban akibat Covid-19 di negara ini, terdapat empat kes dicatatkan semalam iaitu masing-masing satu kes dilaporkan di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor.

Sehingga kini jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini adalah 36,874 kes termasuk 7,857 kes kematian yang dilaporkan di luar fasiliti kesihatan (BID).

Dalam tempoh sama, sebanyak 551 kes pula dilaporkan sudah sembuh. – Malaysiapost

Komen