Kerajaan baharu perlu diberi peluang jalankan tugas – KJ

Kerajaan baharu perlu diberi peluang jalankan tugas – KJ

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan kerajaan baharu perlu diberi peluang menjalankan tugas memandangkan negara ketika ini memerlukan kestabilan politik.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, prestasi kerajaan itu perlu dilihat pada jangka masa panjang dan tidak bagus untuk negara sekiranya pertukaran pimpinan itu dilakukan terlalu cepat.

“Pendapat saya negara kita memerlukan kestabilan politik, jadi buat masa ini kita kena bagi peluang kepada kerajaan baru untuk menjalankan tugas.

“Sebab saya rasa tidak bagus kalau kita cepat sangat tukar. Sekarang ini kita kena ada kestabilan politik tetapi ‘long term’ kita kena tengoklah,” katanya menerusi sebuah hantaran video.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding sebagai calon Presiden Umno yang akan datang, beliau enggan mengulas.

Mengulas mengenai perancangannya pada masa akan datang, beliau meminta semua pihak untuk ‘tunggu dan lihat’.

“Perancangan masa depan saya? Kita tunggu dan lihat,” katanya. – Malaysiapost

Komen