‘Tidak semua poligami itu teruk, belajarlah untuk redha’

‘Tidak semua poligami itu teruk, belajarlah untuk redha’

“POLIGAMI akan menjadi indah andai kita tahu menghargai, menghormati antara satu sama lain,” demikian luah Exco Pemuda Umno, Muhammad Faiz Hashim.

Kenyataannya itu merujuk isu kontroversi membabitkan perkahwinan kedua pengarah popular, Syamsul Yusof dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Muhammad Faiz yang turut berpoligami mendoakan Syamsul, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar tabah menghadapi ujian berkenaan serta redha dengan ketentuan ilahi.

“Inilah kehidupan poligami. Tidak semua poligami itu teruk. Semai sifat kasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Dalam hantaran sama, Muhammad Faiz turut memuatnaik video TikTok berdurasi empat minit memaparkan kemeriahan keluarga besarnya meraikan sambutan hari lahirnya bersama kedua-dua isteri dan 11 anak-anaknya.

Menurutnya lagi, Syamsul, Puteri Sarah dan Ira Kazar adalah insan-insan hebat yang dipilih Allah SWT untuk melalui kehidupan berpoligami berkenaan.

“Semua di dunia ini bersifat pinjaman semata mata, cinta pada Allah jua yang kekal selamanya. Kejar dunia semuanya fatamorgana semata, kejar agama dan akhirat, dunia akan dapat, akhirat juga akan dapat.

“Semoga Syamsul, Puteri Sarah dan Ira Kazar tabah menghadapi ujian Allah di dunia ini. Jangan ditanya kenapa perlu lalui ujian hidup sebegini.

“Belajarlah untuk redha dengan segala ketentuan. Pasti hidayah Allah ketenangan milik kamu semua. Semoga dipermudahkan. Amin Ya Allah,” katanya.

Baru-baru ini, Syamsul akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram, kelmarin.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. – Malaysiapost

Komen