Fifa naikkan ‘pangkat’ enam pengadil Malaysia

Fifa naikkan ‘pangkat’ enam pengadil Malaysia

ENAM pengadil Malaysia kini memiliki lambang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di poket baju mereka ketika mengadili perlawanan sekali gus mengiktiraf mereka sebagai pengadil bertaraf Fifa.

Berdasarkan senarai pengadil antarabangsa yang dikeluarkan Fifa hari ini, mengesahkan enam pengadil dari Malaysia sebagai pengadil bolasepak bertaraf antarabangsa.

Keenam-enam pengadil ini bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak tempatan.

Mereka ialah Razlan Jofri Ali, Amirul Izwan Yaacob, Nazmi Nasarudin, Suhaizy Sukri, Tuan Mohd Yassin serta Usaid Jamal telah diiktiraf sebagai pengadil utama manakala sembilan lagi pengadil dipilih sebagai pembantu pengadil kelas Fifa.

Selain bola sepak, Fifa turut mengesahkan empat pengadil futsal Malaysia sebagai pengadil antarabangsa dengan Nurul Atikah Jannah muncul satu-satunya pengadil wanita yang ada dalam senarai yang dikeluarkan.

Lebih menarik, Malaysia turut mempunyai pengadil Fifa dalam kategori bola sepak pantai apabila dua orang pengadil kini disahkan sebagai pengadil antarabangsa. – Malaysiapost

Komen