Fyna Jebat mengaku berkahwin dengan Zainal Abidin

Fyna Jebat mengaku berkahwin dengan Zainal Abidin

TEKA-TEKI hubungan penyanyi Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin akhirnya terjawab apabila dia mengaku sudah bergelar isteri kepada jurulatih dan bekas pemain bola sepak itu.

Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung pernikahannya itu.

Adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebahagiaannya.

“Alhamdulillah saya sudah bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik.

“Harap doakan kami dan keluarga kami,” katanya selepas selesai melakukan persembahan di program Famili Duo di Shah Alam, malam tadi.

Enggan mengulas lanjut, Fyna juga memaklumkan bahwa suaminya memberi sokongan penuh terhadap penyertaannya di Famili Duo.

“Maaf buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini,” katanya.

Sementara itu, Ayda Jebat menzahirkan rasa lega dengan keberanian adiknya mendedahkan status perkahwinan.

“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.

“Terima kasih atas doa kepada kami,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin tentang perkahwinan Fyna bersama suaminya menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Karier penyerang skuad kebangsaan itu memuncak pada era 1980-an dan 1990-an dengan membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan. – Malaysiapost

Komen