Pemimpin GRS, PH, Umno berkumpul di kediaman Ketua Menteri

Pemimpin GRS, PH, Umno berkumpul di kediaman Ketua Menteri

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN)Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Umno berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Difahamkan, mereka tiba berasingan mulai jam 1.30 tengah hari tadi dan kini semua pemimpin terbabit masuk ke sebuah bilik untuk bermesyuarat.

Tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu namun difahamkan ia berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang akan berlangsung esok, lapor FMT.

Selain itu, perjumpaan dipercayai membincangkan mengenai situasi politik semasa yang berlaku di Sabah ketika ini.

Semalam, Hajiji mendakwa beliau memperoleh sokongan 44 ADUN Sabah antaranya daripada GRS, PH dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan kemelut politik itu sudah tamat.

Jelas Bung Moktar, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalannya yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kota Kinabalu malam ini bertemu pemimpin BN, GRS dan Warisan. – Malaysiapost

Kredit foto: FMT

Komen