Banyak peluang, potensi baharu boleh diterokai MARA – TPM

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya banyak peluang dan potensi baharu yang boleh diterokai MARA.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bagi meneruskan usaha sebagai agensi membangunkan sosio ekonomi masyarakat Bumiputera.

“Saya percaya banyak perkara yang telah dilakukan oleh MARA bagi membantu rakyat,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu hari ini Ahmad Zahid hadir sesi taklimat bersama pengurusan MARA di Kuala Lumpur.

Menurutnya, banyak perkara yang dibincangkan dan diperhalusi bagi memberi nilai tambah terhadap usaha dalam menerajui bidang seperti keusahawanan, pendidikan, korporat dan pelaburan. – Malaysiapost

Komen