Bung Moktar sokong wujudkan kerajaan perpaduan di Sabah

Bung Moktar sokong wujudkan kerajaan perpaduan di Sabah

DATUK Seri Bung Moktar Radin menyokong penuh cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan kerajaan perpaduan di Sabah yang melibatkan seluruh parti politik di negeri itu.

Ketua Umno Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yakin melalui kerajaan perpaduan, ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati terbuka saranan Perdana Menteri ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya menerusi kenyataan awal pagi tadi.

Berhubung Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini, Bung Moktar berkata, sebahagian besar ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sabah tidak dapat hadir diri kerana perlu berlepas ke Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Umno

“Bagaimanapun, saya bersama Adun Umno Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas itu,” katanya. – Malaysiapost

Komen