Benarkan Melayu dianggap tuan – Tun M

Benarkan Melayu dianggap tuan – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini melontarkan persoalan benarkan Melayu dianggap tuan berlandaskan konsep ketuanan Melayu.

Bekas Perdana Menteri itu melontarkan persoalan adakah orang Melayu dianggap sebagai tuan jika miskin atau makan gaji dengan majikan.

“Benarkah kita tuan. Apabila kita miskin, apabila kita bekerja dengan majikan, kita tuankah?Atau majikan kita tuan.

“Kalau kita nak jadi tuan, kitalah yang jadi majikan. Tetapi hari ini kita bukan majikan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan mungkinkah orang Melayu boleh menjadi tuan.

“Ya. Memang mungkin. Tetapi banyak yang perlu lakukan. Mampukah kita lakukan, memang mampu.

“Hanya yang diperlukan keberanian. Beranikah kita, tepuk dada, tanya selera,” katanya. – Malaysiapost

Komen