Jangan ada pengkhianatan dalam perjuangan – Johari

Jangan ada pengkhianatan dalam perjuangan – Johari

Najamuddin Mohd Nor

TAKLIMAT Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang ini menekankan isu pengkhianatan yang berlaku dalam parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Taklimat Khas Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 itu menegaskan, parti itu serius menangani isu ahli yang melakukan pembelotan terhadap parti sendiri.

Katanya, Presiden dengan tegas menyeru semua ahli Umno harus saling sokong-menyokong apabila Umno berdepan pertandingan seperti Pilihan Raya Umum.

“Itu pendirian utama, perkara utama, iaitu jangan ada pengkhianatan dalam perjuangan,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis taklimat berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur, petang ini.

Ditanya sama ada taklimat itu memperincikan pendirian Umno menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Johari menjelaskan, kerjasama itu diterima baik oleh perwakilan.

“Semua perwakilan terima dengan sebulat suara Kerajaan Perpaduan ini,” katanya. – Malaysiapost

Komen