Lontarkan semangat kebangkitan – Ismail Sabri

Lontarkan semangat kebangkitan – Ismail Sabri

NAIB Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berharap Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang membuka tirainya hari ini dijadikan medan melontarkan semangat kebangkitan parti itu.

Bekas Perdana Menteri berkenaan turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara ke Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

“Gunakan persidangan ini sebagai medan melontarkan semangat kebangkitan untuk memelihara agama Islam, kepentingan orang Melayu, dan kejayaan pertiwi.

“Semoga Allah SWT merahmati perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ucapan sama diberikan seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian di seluruh negara. Semoga persidangan berjalan lancar,” katanya.

PAU 2022 akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu dan dimulakan dengan Taklimat Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini. – Malaysiapost

Komen