Puteri Sarah minta Syamsul Yusof jangan ‘play victim’, putar belit cerita

Puteri Sarah minta Syamsul Yusof jangan ‘play victim’, putar belit cerita

ENGGAN berdiam diri, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin tampil meminta suaminya, Syamsul Yusof supaya berhenti ‘play victim’ dan memutar belit cerita mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi mereka selama empat tahun.

Ia susulan daripada kenyataan balas Syamsul menerusi rakaman video malam tadi, yang mendakwa punca dia menyekat nombor telefon isteri pertamanya itu adalah disebabkan enggan bergaduh.

Menurut Puteri Sarah, Syamsul cuba memutarbelit cerita dan berbuat sedemikian bagi mengaburi mata masyarakat daripada mengetahui hakikat sebenar di sebalik konflik yang berlaku.

“Twist (putar) cerita selagi boleh. Tak apalah nak lepas (cerai) pun. Jangan selepas ini ‘twist’ lagi pula ‘Sarah yang nak lepas sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia’,” katanya menerusi Insta Story, hari ini.

Ibu kepada dua cahaya mata yang dimadukan pengarah itu dengan Ira Kazar turut mengingatkan suaminya supaya tidak berterusan berlagak sebagai mangsa.

“Cukuplah drama ‘play victim’ (mangsa keadaan) dan menyalahkan (orang lain). Selamat malam,” katanya.

Malam tadi, Syamsul yang membuat pengakuan menikahi anak pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand, Jumaat lalu menyatakan punya sebab kukuh masih menyekat nombor telefon isteri pertamanya itu.

Syamsul mendakwa, dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu mengelakkan dimaki hamun Puteri Sarah setiap kali mereka berkomunikasi sebelum ini.

Sebelum ini, Syamsul berkongsikan foto pernikahan bersama kedua-dua isterinya.

Menerusi perkongsian itu, Syamsul turut meminta kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang serta memita orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka. – Malaysiapost

Komen