Umno sertai Kerajaan Perpaduan bukan PH – Mohamad Hasan

Umno sertai Kerajaan Perpaduan bukan PH – Mohamad Hasan

TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan adalah kerana kepimpinan berpandangan, penyertaan itu jalan terbaik, kerana memberikan Umno, peranan yang unik dan strategik.

Menurutnya, Umno harus melakukan tugas patriotiknya untuk negara ini, memastikan bahawa, kerajaan dapat dibentuk, dengan bantuan Umno, walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kerana kedudukan negara yang genting pada saat itulah, maka Umno memeterai persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bekerjasama, mentadbir negara ini.

“Saya faham bahawa, ramai yang mempersoalkan, mengapa kita memilih, untuk bekerjasama dengan PH. Pokoknya, Umno tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan Perikatan Nasional (PN). Kita memilih, mengutamakan Malaysia.

“Umno hanya menyertai, Kerajaan Perpaduan, yang diusulkan oleh, Yang Di Pertuan Agung. Jadi tiada isu, dalam kerjasama Umno, dengan DAP dan PKR, atau Amanah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, malam ini.

Menurutnya, PN juga sedari awal tidak mahu bekerjasama, dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, maka Umno berada dalam kedudukan strategik, untuk memainkan peranan yang lebih penting, dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, keputusan, menyertai Kerajaan Perpaduan, bukan sahaja, sangat penting untuk Umno, tetapi juga sangat penting, untuk masa depan Malaysia.

“Kita memilih, mengutamakan Kerajaan, dengan perwakilan dari pelbagai parti, yang dipilih secara demokratik. Ini strategik, kepada masa depan Umno, kerana ia memberikan kita, suara dalam kerajaan baharu.

“Umno juga sangat menyedari, bahawa menjadi pembangkang, bukanlah perkara yang mudah. Dengan pengalaman terbatas sebagai pembangkang, Umno mungkin akan terus melemah, jika ia berada di luar Kerajaan,” katanya.

Dalam menjawab persoalan mengenai kerjasama dengan DAP disebalik pendirian parti sebelum ini, Mohamad menjelasakan pendirian politik, mestilah diasaskan kepada realiti politik yang mesti disesuaikan, dengan keperluan dan kedinamikan semasa.

“Kita memang kenal pendirian mereka (DAP). Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura.

“Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu PKR dan Amanah. Maka kita membuat keputusan, berdasarkan pilihan paling sesuai, untuk membolehkan kita mengurus perbezaan.

“Tetapi jika kita dengan PN, kita hanyalah pemain ketiga, yang berkongsi kepentingan demografi yang sama. Ini akan menyukarkan Umno, mengurus segala perbezaan, di masa akan datang,” katanya. – Malaysiapost

Komen