MB, Exco Terengganu biadab

MB, Exco Terengganu biadab

TINDAKAN Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Barisan Exco kerajaan negeri berkenaan yang ‘memboikot’ kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu, semalam dilihat sebagai biadab.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Mohd Sufian Mat Ali, berkata ketiadaan kelibat kepimpinan negeri itu seolah-olah meremehkan kehadiran Perdana Menteri ke Terengganu.

“Sedangkan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat seharusnya di langsung dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

“Alasan tiada makluman rasmi dari pejabat Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja hadir menyambut Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada era pentadbiran Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan, walaupun negeri itu di ‘anak tirikan’ oleh kerajaan pusat, sekali pun tidak Menteri Besar itu membelakangi Perdana Menteri yang hadir sebagai tetamu.

“Tindakan kerajaan negeri ini ibarat satu pengisytiharan perang antara kerajaan negeri dan pusat, yang semestinya tidak bagus kepada rakyat negeri Terengganu.

“Menteri Besar, dan Exco perlu muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding politik mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen