Puad dilantik Timbalan Pengerusi Tetap Umno

Puad dilantik Timbalan Pengerusi Tetap Umno

UMNO meluluskan usul melantik Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Pengerusi Tetap Umno, berkuat kuasa serta-merta.

Usul dikemukakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pelantikan Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia pada 20 Mei lalu.

Rizuan yang juga Ketua Umno Bahagian Kepong meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti Covid-19. – Malaysiapost

Komen