Syihan kini Harimau Selatan

Syihan kini Harimau Selatan

PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi sah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Ahmad Syihan, 26, sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas mengumumkan meninggalkan Negeri Sembilan FC.

Kemasukan Syihan ke JDT diumumkan Harimau Selatan menerusi hantaran video di Facebook Johor Southern Tigers pagi ini.

Syihan baru saja menamatkan tugasan bersama skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon di Piala AFF yang menyaksikan skuad negara terkandas di separuh akhir.

Dia bakal bersaing dengan penjaga gol berpengalaman, Farizal Marlias bagi merebut tempat selaku penjaga gol utama. – Malaysiapost

Komen