Tak salah Presiden, timbalan dicabar jika ada calon berani bersaing

Tak salah Presiden, timbalan dicabar jika ada calon berani bersaing

Nurul Huda Abhar

JAWATAN Presiden dan Timbalan Presiden Umno seharusnya dipertandingkan jika ada calon yang berani untuk bersaing dengan penyandang dua kerusi tertinggi tersebut.

Pemerhati Khas, Parlimen Tenggara, Zaiton Tuganal berkata pemilihan dua jawatan tersebut perlu dibuka selari dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Pemilihan jawatan itu bergantung kepada situasi. Jika ada calon yang berani mahu mencabar (bertanding) itu lagi baik.

“Ini kerana negara kita mengamalkan konsep demokrasi jadi lebih elok kita adakan pemilihan.

“Jika ada calon yang berani mencabar presiden… silakan. Kita anggap itu persaingan secara sihat,” katanya kepada Malaysiapost.

Beliau ditemui selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini. – Malaysiapost

Komen