Dusuki dilantik Pengerusi Majlis Ulama Umno

Dusuki dilantik Pengerusi Majlis Ulama Umno

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dusuki Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Ulama Umno yang dicadangkan beliau.

Menurut Presiden Umno itu, pelantikan tersebut diharap golongan ulama akan dapat bersama-sama membimbing perjalanan Umno agar sentiasa berada di landasan benar.

“Mengenai cadangan penubuhan Institut Umno, suka saya mencadangkan Institut ini akan dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dr Kamaruddin M. Said dan Timbalannya, Prof Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zambri Ahmad.

“Kedua-dua Profesor ini adalah ahli Majlis Profesor Negara. Ketua Eksekutifnya pula ialah Prof Dr Awang.

“Manakala Ketua Penyelaras dan Setiausaha Eksekutif, Institut Umno pula akan disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Kita mengharapkan lontaran dan dapatan idea baharu bagi membolehkan Umno meneruskan langkah masa hadapan dengan pendekatan segar berdasarkan idea.

“Kita mahu Umno tampil dengan gerak kerja yang sesuai dengan denyut semasa, berjaya menangkap imiginasi rakyat dan tahap kebolehpercayaan kepada parti mampu dilonjakkan.

“Kita mahu Umno mengemukakan dasar dan pendekatan yang yang boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul kepada negara dan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

Komen