Ibu sedih, Syamsul Yusof dirampas perempuan ‘kejam’

Ibu sedih, Syamsul Yusof dirampas perempuan ‘kejam’

NAMPAKNYA kekecewaan Datin Patimah Ismail terhadap pernikahan kedua Syamsul Yusof masih belum reda selepas terus berkongsi rasa sedihnya dalam media sosial.

Dalam hantaran terkini di Instagram, Patimah meluah rasa geram serta menyifatkan wanita yang memisahkan Syamsul dengan kedua-dua anaknya, adalah perempuan kejam.

“Ayah mereka dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, Patimah memuat naik gambar dua orang cucunya, yang juga anak kepada Syamsul dan isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Pada 6 Januari lalu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Ibunya antara individu yang menentang keras pernikahan kedua Syamsul dan menganggap Sarah sebagai seorang wanita teraniaya.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun. – Malaysiapost

Komen