Kerajaan Perpaduan solutions terbaik elak Umno berpecah – Zahid

Kerajaan Perpaduan solutions terbaik elak Umno berpecah – Zahid

KERAJAAN Perpaduan adalah solusi terbaik untuk Umno bagi mengelak parti sekali lagi diratah perpaduannya, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah dengan itu juga kita mampu menghadapi Pilihan Raya Negeri terdekat ini dengan gagah dan kuat khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Ahmad Zahid berkata, apa sahaja perkara yang boleh memudaratkan Umno dan perpaduan dalam parti mesti dihalang dan dielakkan.

Dalam era kerajaan PN dulu, katanya, parti terdedah kepada perpecahan sesama ahli.

“Agenda pecah perintah disasarkan terhadap parti. Inilah mudarat paling besar pada parti yang kesannya dapat dilihat dengan jelas menerusi keputusan PRU15.

“Kita tidak boleh membenarkan lagi agenda seumpama itu berlangsung kepada parti pasca PRU15,” katanya. – Malaysiapost

Komen