Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia

PEGAWAI Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu meninggal dunia pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh salah seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri.

Difahamkan, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mendiang sebelum ini dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi diberi tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Mendiang dilantik sebagai Pegawai Khas Ahmad Zahid pada 24 Disember lalu.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

Mendiang amat dikenali kerana aktif memperjuang kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India. – Malaysiapost

Komen