Armada bincang persiapan hadapi PRN 6 negeri – Wan Fayhsal

Armada bincang persiapan hadapi PRN 6 negeri – Wan Fayhsal

MESYUARAT pertama Armada Bersatu bagi tahun ini membincangkan persiapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata Armada Bersatu akan terus mengangkat dan mengupayakan ahlinya dalam persada politik tanah air khususnya bagi menjadi calon-calon berwibawa dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini, beliau telah melantik Muhammad Affan Jumuhat untuk menggalas amanah sebagai Ketua Armada Sabah yang baharu.

“Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada saudara Affan dan barisan kepimpinan Armada Sabah yang baru dibentuk semula nanti,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal turut berharap Armada Sabah yang baharu dan Armada seluruh negara akan terus istiqamah memelihara dan memulihara agama, bangsa. – Malaysiapost

Komen