BN mahu cabar kemenangan 3 kerusi Parlimen di Terengganu

BN mahu cabar kemenangan 3 kerusi Parlimen di Terengganu

BARISAN Nasional (BN) akan memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Menurut Berita Harian, petisyen terbabit dikatakan dibuat susulan dakwaan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

Perkara itu akan diperincikan pada sidang media yang akan dibuat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada jam 12.30 tengah hari esok di Menara Dato Onn.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Kemaman dimenangi calon PAS, Che Alias Hamid menewaskan tiga calon lain termasuk Ahmad Said mewakili BN dengan majoriti 27,179 undi.

Parlimen Marang pula dimenangi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang PAS apabila calonnya, Datuk Amzad Hashim memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga pencabar lain. – Malaysiapost

Komen