Lima cedera nahas 4 kenderaan

Lima cedera nahas 4 kenderaan

TIGA cedera manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sungai Putus Kampung Batu Belah di Klang, Selangor pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga, Perodua Kancil, pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan motosikal.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 7.13 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di laluan dari Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam berhampiran Sekolah Rendah Batu Belah.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga dan penumpang Perodua Kancil tersepit, sebelum mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Penunggang motosikal pula tercampak ke dalam longkang pada kedalaman kira-kira 1.52 meter dan patah kaki kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua lima mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menggunakan dua ambulans.

“Pemandu Perodua Kancil, Mohd Alita Ali, 47, patah tangan kiri dan penumpang, Hasnah Abdul Kadir, 47 pula patah paha, kaki kiri serta tangan kanan.

“Pemandu Nissan Navara, Tan Ka Hong, 20, hanya cedera ringan bahagian kaki kiri,” katanya. – Malaysiapost

Komen