PM zahir ucapan Hari Pongal buat masyarakat Tamil

PM zahir ucapan Hari Pongal buat masyarakat Tamil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan sempena perayaan Pongal yang disambut hari ini sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah buat penganut Hindu yang meraikannya.

Beliau berkata, hari besar penganut Hindu itu turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baru.

“Semoga perayaan tahun ini juga dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna untuk semua.

“Selamat Hari Pongal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Perayaan Pongal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki. – Malaysiapost

Komen