Ebit Lew nafi tawar hadiah wang tunai RM10,000

Ebit Lew nafi tawar hadiah wang tunai RM10,000

PENDAKWAH bebas terkenal, Ebit Lew menafikan ada menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada individu bertuah yang dipilih melalui laman sosial.

Menurutnya, tawaran hadiah sedemikian adalah kegiatan penipuan atau ‘scam’ yang menggunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya mangsa.

“Segala urusan rasmi saya hanya melalui Facebook rasmi saya. Yang pasal duit RM10,000 tu dari Facebook akaun palsu.

“Tu semua ‘scammer’ dan buat akaun palsu,” komennya dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Ebit memberi maklum balas kepada komen seorang pengguna Facebook bernama Nur Aqilah yang meminta beliau menjelaskan mengenai tawaran wang tunai berkenaan.

“Salam ustaz Ebit Lew sekarang ini ada ‘scam’ dari ustaz untuk orang-orang tua dapat ‘claim’ duit.. harap ustaz boleh beri pencerahan tentang ini, sekian terima kasih,” kata Nur Aqilah.

Seorang lagi pengguna Facebook, Essey Md Nor, pula meminta supaya Ebit membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penipuan berkenaan. – Malaysiapost

Komen