Beg hitam berisi mayat dikerat dijumpai di tepi lebuh raya

Beg hitam berisi mayat dikerat dijumpai di tepi lebuh raya

BEBERAPA bahagian badan manusia ditemui di dalam sebuah beg hitam yang diletakkan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur Rawang Selatan di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan perkara itu berkata, beg berkenaan ditemukan orang awam pada kira-kira 11.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya.

Shafa’aton berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Malaysiapost

Komen