Kecoh konon produk rempah-ratus ada babi, rupa-rupanya…

Kecoh konon produk rempah-ratus ada babi, rupa-rupanya…

KECOH di media sosial sejak semalam, video seorang wanita ‘mendedahkan’ terdapat rempah-ratus, herba serta ‘seasoning’ yang dijual di kedai dan pasar raya mengandungi khinzir.

Menerusi video TikTok berkenaan, wanita itu mendakwa dia baharu sahaja menyedari perkara tersebut selepas membaca label tertulis di produk terbabit.

Dalam video berdurasi satu minit 16 saat itu, wanita berkenaan mengingatkan orang ramai terutama pengguna Muslim supaya berhati-hati sebelum membuat pembelian produk rempah-ratus serta ‘seasoning’ yang berada di pasaran.

“Kebanyakannya ‘seasoning’ yang ada ‘ingredient pork’ ini tulisannya oren,” katanya dalam video berkenaan.

Menurut wanita itu lagi, tujuannya memberi pendedahan berkenaan kerana mendapati ramai pengguna Islam membeli produk berkenaan secara dalam talian.

Bagaimanapun, video berkenaan menerima kecaman netizen yang menyifatkan kefahaman wanita berkenaan berhubung label yang tertulis dalam produk berkenaan tersasar.

Difahamkan, tulisan ‘pork’ pada label itu bermaksud produk berkenaan boleh digunakan kepada pelbagai jenis daging termasuk babi dan bukannya mengandungi khinzir seperti didakwa.

“Sebab tu la Usop Wilcha dah kabo (bagitahu) pentingnya English Education.. Kome taknak dengar,” kata Afiq Yasir

“Hahahahaha dia punya keyakinan tu memang tahap tinggi,” kata Khusyairi Nakhouda.

“Kan dah bagi ‘education free’ sampai sekolah menengah. Kenapa lah benda camni boleh berlaku lagi,” kata Felix Tay. – Malaysiapost

Komen