Gopal Sri Ram masuk ICU

Gopal Sri Ram masuk ICU

TIMBALAN Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dilaporkan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta.

Menurut laporan New Straits Times, beliau dipercayai sedang mendapatkan rawatan untuk penyakit paru-parunya.

“Ya. Dia kini berada di unit rawatan rapi (ICU),” kata sumber itu menerusi Whatsapp namun enggan mengulas lanjut.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan berusia 79 tahun itu menjadi pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta. – Malaysiapost

Komen