Kerajaan pertimbang pengangkutan awam percuma untuk OKU

Kerajaan pertimbang pengangkutan awam percuma untuk OKU

ORANG kurang upaya (OKU) akan menikmati pengangkutan awam secara percuma, sebaik mekanisme mengenainya disediakan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah bersetuju dengan cadangan itu.

Menurutnya, ia akan meliputi kemudahan seperti LRT, MRT dan bas henti-henti.

“Secara prinsipnya beliau (Loke) bersetuju, dan akan memikirkan mekanisme terbaik untuk melaksanakannya,” ciap Nancy di Twitter.

Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) antara lain berjanji, menawarkan akses lebih baik kepada pengangkutan awam untuk OKU dan memastikan kebolehcapaian melalui piawaian reka bentuk sejagat untuk perkembangan baharu.

BN pula dalam manifestonya berjanji akan mengeluarkan RM10 juta baucar perjalanan untuk OKU menggunakan perkhidmatan e-hailing. – Malaysiapost

Komen