‘Kita akan kekal selama-lamanya, i love you’ – Nad Zainal

‘Kita akan kekal selama-lamanya, i love you’ – Nad Zainal

TEKA-TEKI hubungan antara Nad Zainal dan Ungku Ismail seakan terjawab apabila pelakon wanita itu memuat naik hantaran berbaur ‘kata cinta’ di Instagramnya, semalam.

Dalam hantaran berkenaan, Nad turut memuat naik sekeping gambar bersama Ungku Ismail, yang juga individu paling rapat dengannya ketika ini.

“Kita akan ‘stay forever and ever’ (kekal selama-lamanya). ‘I love you’. Tamat”,” tulisnya dalam kapsyen gambar tersebut.

Difahamkan, kapsyen tersebut merujuk kepada episod penutup drama bersiri ‘Cina Buta’ gandingan mereka yang berakhir malam tadi.

Namun, ramai juga yang beranggapan di sebalik yang tersurat hantaran itu, adalah luahan simbolik realiti hubungan mereka yang semakin mekar.

Secara tidak langsung, ungkapan tersebut juga seumpama cerminan isi hati Nad buat pelakon tinggi lampai itu.

Hubungan pasangan pelakon itu bukan lagi rahsia selepas Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang aktres berusia itu berada dalam situasi kritikal akibat masalah paru-paru, November lalu.

Malah selepas pulih, Nad mengakui dia rapat dengan pelakon lelaki itu serta menghargai layanan baik Ungku Ismail terhadapnya termasuk ketika tempoh getir.

“Saya tak nak jawab lebih-lebih. Dia (Ungku Ismail) banyak membantu dan beri semangat kepada saya,” katanya.

Sebelum ini, Ungku Ismail, 37, mendedahkan hubungan rapat mereka mula terjalin selepas terlibat dalam drama ‘Cina Buta’ arahan Shahrulezad Mohameddin. – Malaysiapost

Komen