Miliki aset RM3.3 bilion, Shah Rukh Khan jadi pelakon terkaya Asia

Miliki aset RM3.3 bilion, Shah Rukh Khan jadi pelakon terkaya Asia

DENGAN memiliki aset sebanyak AS$770 juta (RM3.3 bilion), aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dinobat sebagai pelakon terkaya di Asia.

Malah, pelakon dari India itu berada pada tangga ke empat dunia di belakang pelakon Hollywood, Dwayne Johnson yang memiliki kekayaan sebanyak AS$800 juta (RM3.5 bilion), menurut sumber, World of Statistics.

Berada di tangga pertama pelakon paling kaya di dunia adalah Jerry Seinfeld dengan kekayaan AS$ 1 bilion (RM4.3 bilion) diikuti Tyler Perry yang turut mempunyai kekayaan sama.

Selain Shah Rukh Khan, pelakon Asia yang turut berada dalam carta 10 pelakon terkaya di dunia adalah pelakon aksi ngeri dari Hong Kong, Jackie Chan dengan memiliki kekayaan AS$520 juta (RM2.24 bilion) dan berada di tangga ke enam.

Antara pelakon lain yang turut tersenarai adalah Tom Cruise di tangga ke lima, George Clooney ke tujuh manakala Robert de Nero di tangga ke lapan.

Sementara itu, bekas Gabenor Carlifornia, Arnold Schwarzenegger dan Kevin Hart masing- masing berada di tangga ke sembilan dan sepuluh. – Malaysiapost

Komen